Kisah Seorang Aunty Bergelar Jutawan Tegur Seorang Bapa Yang Terlalu Asyik Dengan Smartphone




















Kali ini kami berkongsikan kepada anda kisah seorang Aunty berbangsa Cina yang merupakan seorang jutawan yang memberi nasihat dan teguran kepada seorang bapa yang meninggal kesan yang mendalam kepada setiap bapa dan juga ibu.

Mungkin kisah teguran ini anda sudah baca atau belum kerana ia telah dikongsikan oleh bapa berkenaan bernama Khairul Hakimin Muhammad melalui laman Facebooknya pada bulan April lalu.

Walaupun ianya sudah berbulan-bulan tetapi mesej yang disampaikan melalui cerita ini kepada ibu bapa kini yang terlalu asyik dengan telefon sudah pasti cerita ini menajdi satu nasihat yang berguna berdasarkan pengalaman Aunty berkenaan.

Mari kita ikuti cerita bapa berkenaan mengenai nasihat Aunty berkenaan,

Nurul 'Ain sudah tidur. Jam 6.30 pagi tadi kami kejutkan dia, mahu ke SJMC untuk review keputusan darah dan berjumpa doktor pakar kesayangannya.

Sampai di Hospital berebut parking dan cepat mendaftar. Kami turun makan sekejap dan kembali naik menunggu masa mengambil darah dan menanti keputusan ujian yang mengambil masa lebih kurang satu jam.

'Ain mula merepek dan berlari-lari kesana kemari. Mamanya mula mahu duduk dan saya mengambil baton untuk melayan karenahnya.

Sambil bermain telefon (lihatlah banyaknya saya kemaskini status pagi tadi), saya sekejap-sekejap melihat 'Ain yang bermain di ruang kecil permainan yang disediakan pihak hospital.
"Itu anak you?" Tanya seorang Aunty berbangsa cina.

"Ya." Saya hanya senyum sekejap dan kembali melihat telefon.

"You untung, anak you comel." Beliau mula mahu bersembang dengan saya. Anaknya juga ligat seperti 'Ain kesana kemari.

Saya terus memandang wajah Aunty dan mengharap ayat lain keluar dari mulutnya.

"Itu anak i, you tak tanya pun i nak story. I dapat dia umur i 39. He only child i have. My husband have multi millions company, but i have one the greatest god gift to me."

"You know, bila husband i balik rumah, i will make sure dia tak pegang handphone. I cakap dengan dia, kita kahwin 15 tahun baru dapat seorang anak lelaki, kita patut syukur. Tuhan bagi duit sampai kubur kita tak cukup besar, tapi Tuhan beri kita anak, kita masih mahu cari duit cari kawan cari senyum sana sini dengan handphone."

"You, i nasihat satu perkara. Bila dengan anak, dengan family, dengan parents. You letak handphone side. Dont ever bother about facebook anymore. Family ini you tak dapat cari lain sampai bila-bila. Take all the time with them. Please."

Saya terdiam. Ada rasa lain pula terdetik dalam hati. Yang sebenarnya isteri saya dah banyak kali pesan tentang ini, emak, adik juga keluarga ramai yang dah pernah nasihat. Tapi tak pernah masuk telinga. Ambil nak Tuhan hantar seorang aunty yang berbeza agama, tetapi penuh mesej yang amat berguna. Subhanallah.

Harap-harap saya dapat beri masa sebaiknya dengan keluarga. Amin.
Khairul.

Advantura Kembali Ke Pangkal Jalan, 1 destinasi 1 telefon dan 1 keluarga.

Siakapkeli.my

Terkini: Letupan Dashyat di China, Gegaran Dirasai Sehingga 10KM

Tianjan, China - Satu letupan kuat dilaporkan berlaku di China sebentar tadi.


Gambar dan video letupan dikongsi ramai di laman web Weibo dan juga media sosial lain.

Menurut seorang People's Daily China, gegaran terbabit dapat dirasai sehingga 10 KM.

Setakat ini masih belum ada laporan rasmi mengenai kejadian. - Siakapkeli.my



Pihak berkuasa China mengesahkan kejadian berlaku kira-kira 11.30pm waktu tempatan China.

Gambar di tempat kejadian juga turut dimuat naik oleh portal berita www.news.cn









Trik Rahsia kuruskan badan secara semulajadi dengan limau kasturi!




1. Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

3. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

4. Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

5. Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut, Ambil 5cm halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.Tumbuk kesemua sehingga lumat.Perahkan air Limau Nipis.Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.


6. Mengurangkan buncit - Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

7. Mengempiskan Perut - Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.

8. Kempiskan Perut Anda - Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik

Kisah Nasi Dan Ikan Kering Sebagai Bekal Anak Ke Sekolah, Diceritakan Oleh Seorang Bekas Pengetua



                                                                Gambar Hiasan


Zaman semakin berubah, tahun makin bertambah, dari semasa ke semasa kos sara hidup dilihat semakin meningkat. Jika zaman SK dulu awal tahu 90-an nasi lemak ikan bilis dan telur boleh di dapatkan dengan harga 20 sen.

Dari hari ke sehari harganya semakin meningkat dan kini paling murah untuk dapatkan nasi lauk tersebut harganya paling kurang RM1. Tetapi tahukah kita tidak semua orang mampu walaupun ianya hanya RM1 yang dilihat kini amat kecil bagi kita.

Dikongsi di laman sosial oleh Tuan Abd Ghani Haron yang merupakan bekas pengetua Sekolah menengah Tikam Batu, Sungai Petani di mana dia telah mengisahkan pengalamannya ketika masih bertugas di sekolah berkenaan.

Dia mengisahkan satu kisah yang sebenarnya memang terjadi dalam masyarakat kita di mana masih ada insan-insan yang memerlukan.

Berikut adalah kisah anak murid beliau yang dikongsi kepada orang ramai dan ketahui bahawa jika kita susah masih ada lagi yang susah.


NASI DAN IKAN GELAMA KERING BEKAL ANAK KE SEKOLAH.

Ketika menjadi pengetua disuatu pagi, memantau kawasan sekolah,saya didatangi oleh seorang guru perempuan yg ditugaskan mengawas kedatangan pelajar dipintu pagar.

Kami bercakap dipinggir jalan masuk ke pejabat.Katanya,"Cikgu Ghani,saya nak tunjuk satu benda.Ini mungkin tak baik,tapi saya nak tunjuk juga.Seorang ibu pelajar telah mengirim bekal makanan kpd saya untuk anak perempuannya yg tertinggal dirumah semasa dipintu pagar tadi.Dia kata dia nak cepat nak pi kerja,mungkin pekerja kilang.Saya cuba tengok apa yg dibekalkan.Sedih sangat cikgu.

"Dia berpaling menahan perasaan..Saya mengambil tupperware plastik lalu membukanya.Subhanallah! Nasi putih dg ikan gelama kering belah belakang yg kecil dua ekor.Saya pula yg jd serba salah.

Guru perempuan itu terus mengesat air mata,sambil memberitahu bekalan itu kebetulan utk pelajar kelasnya yg dia tidak tahu begitu miskin.Dia mengambil balik tupperware tersebut dan berkata,

"Takpa cikgu,saya cuma nak kongsi dg cikgu,biar saya selesaikan."Saya lihat dia berjalan ke arah kantin sekolah mungkin membeli lauk tambahan dan minuman.

Kita mungkin makan ikan gelama kering untuk mengubah selera, bersama gulai nangka dan sambal belacan berulam.Tetapi mereka makan ikan kering dg nasi kerana tiada pilihan.Itu yg paling murah dan mengenyangkan.

Membawa bekal itu sudah menjadi tanda mereka tidak berupaya memberi wang saku kpd anak utk makan di kantin,sedangkan anak perlu diberi makan.Jika bekal makan nasi dg ikan gelama kering waktu pagi,,tengah harinya makan apa agaknya.

Waktu rehat hari itu,sengaja saya mengintai pelajar ini,tepat seperti dijangka,dia makan sendirian dibawah pokok,mungkin terasa malu dg bekalnya dilihat rakan.

ABD GHANI HARON
Ya Allah,anak anak kita bersarapan makan roti gardenia disapu peanut butter,serikaya,jem.Anak-anak kita bersarapan makan roti bakar dg kentang goreng dan kacang panggang.Anak-anak kita bersarapan dg nasi lemak,ikan bilis,sotong,telor rebus.Anak-anak kita bersarapan dg burger,frankfurter,egg banjo telor meleleh,nugget, karipap,cucok badak dg teh,nescafe,milo ais.Dibekal duit poket lagi untuk kudapan dikantin.Mereka memamah nasi dg ikan kering dan mungkin berteman air paip.

Pertama saya nak mengajak anda bersyukur dg apa yg kita ada berbanding orang lain.Dizaman ini masih ada orang makan nasi dg ikan kering.Kedua nak ajak anda mendidik anak untuk belajar bersedekah dan berkongsi rezeki.

Contohnya minta anak kenali seorang rakan pelajarnya yg miskin atau yatim,kirimkan seringgit sehari untuknya sebagai sedekah jariah kita utk dia makan dikantin.Atau jika anak bawa bekal,lebihkan sedikit utk dikongsi oleh anak yatim atau miskin itu.

Anda akan menjadi orang yg bertuah kerana bersedekah hampir tiap hari kpd yatim atau miskin walau sekedar rm1,atau sekeping roti atau sesenduk nasi lemak atau sebiji egg banjo..Moga anak anda terdidik untuk mengasihi anak yatim dan miskin,moga Allah memberkati hidup anda sekeluarga.Mungkin boleh juga dikirimkan sebotol air mineral setiap hari kerana nabi menyebut antara sedekah yg terbaik adalah memberi minum.

Jika mampu,biayailah pakaian,alatan sekolah,yuran dsbnya.Sesungguhnya mereka yg miskin dan yatim sengaja diadakan oleh Allah sebagai ujian kpd kita dan juga peluang untuk berbuat baik.Siapa yg mengabaikannya,bimbang mereka juga tidak dipandang oleh Allah di hari akhirat.Jika terdetik rasa simpati,jika tergenang airmata dg kisah ini,ayoh mulakanlah untuk mencari anak yatim dan miskin utk dibantu dlm misi sedekah jariah harian kita.abdghaniharon.

Bersyukurlah anak-anak sekarang jika ibu berikan anda wang poket yang sedikit kerana ada yang lebih susah dari anda. - Siakapkeli.my

Sumbangan Politik Dalam Akaun PM Tidak Pernah Diumumkan Kepada MT UMNO Atau UMNO Negeri – Shahrir Samad







Pihak Majlis Tertinggi UMNO tidak pernah mengetahui dan dimaklumkan tentang sebarang derma ataupun sumbangan politik kepada akaun “trustee” Presiden atau Bendahari parti.

Perkara ini dinyatakan oleh Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang pernah menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO sejak zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir.

Beliau menyatakan bahawa Majlis Tertinggi UMNO dan juga Badan Perhubungan UMNO Negeri tidak pernah dimaklumkan apa-apa sumbangan dan derma politik yang diperolehi oleh Presiden atau bendahari parti.

“Selama saya duduk dalam MT UMNO dan Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Johor, soal derma tidak pernah dibangkit atau didedahkan kepada ahli MT dan Perhubungan Negeri.”

“Selain daripada harta dan sumber pendapatan sedia ada, parti mempunyai kepercayaan kepada Presiden, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan Bendahari untuk mencari sumber kewangan bagi membiayai aktiviti politik dan pilihan raya.” katanya dipetik dari portal berita Pro Umno, MyKMU.

Shahrir berkata demikian dalam satu perbualan whatsapp sebagai respon kepada beberapa pihak yang mempersoalkan sama ada dan politik RM 2.6 B tersebut dimaklumkan kepada MT. 

Sumber - Siakapkeli.my

Kenyataan Ahmad Maslan Boleh Jadi Lawak Antarabangsa - Muhyiddin





KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan Ahmad Maslan mengenai "Kalau Esok PRU" boleh menjadi "Lawak Antarabangsa" kerana ia tidak masuk akal.

Selain itu, beliau juga menambah Ahmad Maslan sebagai angkuh.

"Ada seorang yang angkuh ni yang memegang jawatan di dalam parti dan kerajaan yang kata esok bukan pilihan raya.

"Ia seperti bila seorang ibu tanya anaknya apa dia hendak jadi bila dia besar dan anaknya jawab 'esok saya masih budak, mak'," kata Muhyiddin hari ini memetik laporan Astro Awani.

Tambahnya lagi, beliau sedar yang PRU bukan pada hari esok, tapi perkataan 'esok' itu digunakan sebagai perumpamaan.

"Ini boleh jadi lawak antarabangsa. Saya pernah beberapa kali jadi pengarah pilihan raya UMNO... apa yang saya katakan adalah untuk mengingatkan.

Muhyiddin juga turut menegaskan kenyataannya bukan untuk merosakkan reputasi parti tetapi untuk mengingatkan UMNO akan menghadapi waktu sukar jika tidak bangkit sekarang. - 
Sumber : Siakapkeli.my

Bapa Sedih Dan Hampa Apabila Pergi Ke Sekolah Cari Anak Tetapi...

Budaya ponteng sekolah adalah bukan sesuatu yang baru di mana ia sudah menjadi barah boleh dikatakan hampir di kebanyakkan sekolah di negara kita.

Kes ponteng ini sudah berlarutan sejak dahulu sehingga sekarang di mana ia dilihat tidak berkesudahan.

Dibandar-bandar kita selalu menjumpai remaja berpakaian sekolah lepak di pusat membeli belah dan pusat cafe siber dan juga tidak kurangnya di luar bandar.

Di sini SK ingin berkongsikan satu kisah yang telah dimautnaik oleh seorang guru di laman Facebooknya yang ternyata meruntun hati orang yang membacanya.

Manakan tidak seorang bapa yang bersusah payah mencari rezeki untuk anaknya sanggup mencari wang demi memenuhi permintaan anak untuk kesekolah tetapi apabila dia pergi ke sekolah anaknya tiada sedangkan di pagi hari insan tua itu sudah menghantar anaknya ke sekolah.

Kemana anak ini pergi?

Berikut adalah cerita dari Facebook Pojie Nanat,

Ni kali kedua.. ak jumpe pakcik ni.. dtg skolah.. cari ank die.. 1st time dtg.. pakcik ni nk blikan baju sukan utk ank die.. tp dtg skola ank xde kat skolah..

“Pg td die keluar pegi skola cikgu.. pakai bj skola.. bwk beg skola.. minta duit nk bli bj sukan.. sy dtg nk blikan.. cari die xde.. cikgu dia kt da lame die x dtg skola.. sy takot die kne buang.. mane sy nak cari die ni ye…”

mmg xleh j…wb.. sbb sah2 ank die x masok skola..

Arini.. pakcik ni dtg lg.. dok jengok kat tepi bilik ak ngadap ke padang..

“Assalamualaikum cik.. pakcik cr sape?..”

“Sy cr ank sy cikgu.. nk tgk die dtg skola x.. td sy pergi kelas die.. kwn2 nye ckp bdk2 kelas die kat padang..”

Ak panggil bdk.. suh carik ank pakcik ni..

“Cikgu.. bdk2 kelas die ckp ****** da 2 ari x dtg skola…”

Pakcik ni tgk ak.. muke die cm kompius..

“Cikgu…. ank sy pergi skolah cikgu.. sy hantar td pg… die pkai bj skolah.. bwk beg skola.. sy bg duit blanje cikgu…”

Die trus jln.. tekebil2 pakcik ni..muke tahan sedih… ak tau die kecewe gile ngn ank die..

Hmmm… hai la ank… kalo yg dtg ni berbaju kot.. berkasut kilat.. keluar dr perot bmw, ak x kesah.. tp… ape dose bapak ko smpai ko nipu org tua ni… smpai bile ko nk tgk bapak ko begini nasib nye.. x tringin ke nk hepikan die.. die x mtk ko blikan die banglo mewah tepi highway exit kajang tu.. die mtk ko g skola je.. tu pon susah ke?.
Anak-anak, sedarlah kamu, sekarang memang seronok ponteng sekolah tapi kamu fikirlah masa depan kamu. Kamu akan membesar dan akan ada tanggungjawab.

Tidak guna menyesal dikemudian hari, hati ibu dan bapa mana tidak hancur apabila mengetahui kamu tidak ke sekolah sedangkan dia bersusah payah mencari nafkah untuk membesarkan kamu. - Siakapkeli.my



RM150,000 Berterbangan di Lebuhraya : Saya Anggap Bukan Rezeki Saya - Pemilik






Kuala Lumpur: Kisah sebenar disebalik video wang kertas RM50 yang terbang bertaburan di Lebuhraya Bukit Timah Expressway, Singapura pada Isnin lalu akhirnya terbongkar. Video terbabit menjadi viral apabila dimuatnaik oleh laman web sgreckless.com

Memetik laporan dari Harian Metro, pemilik kesemua duit berkenaan, yang juga rakyat Malaysia dari Skudai Johor, Jihad Dudden Shaik Ali Khan, 24, berkata keseluruhan wangnya yang tercicir bernilai RM150,000.

"Saya anggap apa yang berlaku bukan rezeki dan mungkin ada hikmahnya," katanya memetik laporan dari Harian Metro.

Menurut pengurup wang terbabit, dia tidak sedar zip beg sandang yang mengandungi duit-duit terbabit terbuka menyebabkan wang-wang tersebut berterbangan dan bertaburan di atas jalan raya.

"Ketika kejadian pada 6.20 petang itu saya sedang dalam perjalanan menunggang motosikal jenis Yamaha untuk berjumpa seorang pelanggan, namun selepas tiba di Orchard Road saya mendapati zip beg terbuka luas dan sebahagian wang hilang.

"Lima minit kemudian ayah menghubungi saya dan beritahu ternampak pengguna jalan raya mengutip wang yang bertaburan di atas jalan raya selain turut memaklumkan kemungkinan itu duit saya," katanya.

Tambah Jihad, dia segera ke lokasi yang dan terkejut apabila mendapati seoranglelaki mengutip wangnya yang bertaburan di atas lebuhraya.

"Saya mendekati lelaki itu, tetapi selepas ternampak saya di terus melarikan diri dengan wang sebanyak RM200 daripada RM250 yang ada di atas jalan raya itu. Saya hanya sempat mengambil RM50 yang ditinggalkan lelaki terbabit," katanya.

Menurutnya, ia adalah kali pertama perkara itu terjadi sejak lebih tiga tahun dia menjadi pengurup wang.

"Apa pun saya reda dan benda ini sudah pun berlaku. Mungkin itu bukan rezeki saya sebaliknya percaya pasti ada hikmahnya.

"Saya juga baru dua bulan berkahwin dengan Norashikin Abd Kadir, 21, dan tidak menyangka semua ini akan berlaku," katanya.

Berikutan kejadian, Jihad sudah membuat laporan polis di Singapura pada hari sama kejadian berlaku. - Siakapkeli.my

13 Sebab Dikemukakan Oleh Emmanuel Adebayor Kenapa Beliau Memeluk Islam
























Sebelum ini menjadi sebutan ramai netizens tentang berita seorang permain bola sepak terkenal, Adebayor atau nama penuhnya Sheyi Emmanuel Adebayor memeluk Islam.

Beliau yang merupakan bekas penyerang pasukan Arsenal, Manchester City, Real Madrid dan kini Tottenham Hotspurs berasal dari Togo ini mengumumkan bahawa dia telah memeluk Islam selepas tidak lagi yakin dengan agama lamanya selepas mengkaji agama Islam dan memilih agama tersebut sebagai jalan hidup. Jalan kebenaran yang dia yakini.

Memetik laporan laman web Eramuslim, Adebayor telah memberikan alasan mengapa dia memilih Islam dan meninggalkan Kristian selepas membuat kajian dengan membandingkan, dan menimbang sehingga sampai pada kesimpulan bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang benar.



















Apa yang beliau lakukan ini bukanlah sekadar ikutan dan berdasarkan emosi sebaliknya dia menyertakan 13 sebab dan alasan kenapa dia memilih agama Islam seperti yang dilaporkan oleh theheraldng.com. Berikut adalah 13 alasan dan sebab kenapa beliau berbuat demikian.

"Aku punya 13 alasan yang kuat mengapa seorang muslim itu sama seperti Isa dan mereka lebih mengikuti Yesus daripada orang-orang Kristian:

1.Yesus mengajarkan bahawa hanya ada satu Tuhan. Hanya satu Tuhan saja yang berhak untuk disembah. Perkara itu termaktub dalam Deut 6: 4, Mark 12:29. Umat Islam juga meyakini demikian. Sebagaimana diajarkan Al-Quran dalam surah 4 (An-Nisa) ayat 171.

2. Yesus tidak makan daging babi. Dijelaskan dalam Leviticus 11: 7. Sama dengan yang dilakukan umat Islam. Dan hal itu dijelaskan Al-Quran dalam surah 6 (Al-An'am) ayat 145.

3. Yesus mengucapkan salam dengan kalimat "assalamu'alaikum" (kedamaian selalu bersamamu). Terdapat dalam John 20:21. Muslim juga mengucapkan salam dengan cara demikian.

4. Yesus selalu mengucapkan "God Willing" (insya Allah). Umat Islam mengucapkan kalimat ini juga sebelum mereka melakukan apa-apa. Sebagaimana dituntut dalam Al-Quran surah 18 (Al-Kahfi) ayat 23-24.

5. Isa mencuci wajah, kedua tangan, dan kedua kakinya sebelum solat. Hal yang sama juga dilakukan oleh seorang muslim.

6. Isa dan nabi-nabi lain yang terdapat di dalam Injil solat dengan meletakkan kepala mereka di tanah. Dijelaskan dalam Matthew 26:39. Muslim juga melakukan demikian. Sebagaimana diajarkan Al-Quran dalam surah 3 (Ali Imran) ayat 43.

7. Isa mempunyai janggut dan memakai throbe (gamis). Hal ini disunnahkan bagi seorang muslim.

8. Isa mengikuti syariat (syariatnya tauhid sama seperti nabi-nabi sebelumnya pen.) Dan mengimani semua nabi. Lihat Matther 5:17. Muslim juga diajar demikian oleh Al-Quran. Lihatlah surah 3 (Ali Imran) ayat 84 dan 2 (Al-Baqarah) 285.

9. Ibu Isa, Maryam, mengenakan pakaian yang menutupi seluruh tubuhnya dan mengenakan hijab. Sebagaimana terdapat dalam 1 Timothy 2: 9, Genesis 24: 64-65, dan Corinthians 11: 6. Wanita muslimah juga mengenakan pakaian yang sama. Al-Quran mengajar mereka dalam surat 33 (Al-Ahzab) ayat 59.

10. Isa dan nabi-nabi lain yang disebutkan di dalam Injil berpuasa hingga lebih dari 40 hari. Lihat Exodus 34:28, Daniel 10: 2-6. 1Kings 19: 8 dan Matthew 4:1. Muslim pun berpuasa pada bulan Ramadhan. Seorang muslim diwajibkan berpuasa sebulan penuh, 30 hari. Lihat Al-Quran surah 2 (Al-Baqarah) ayat 183. Kemudian dianjurkan untuk meneruskan berpuasa 6 hari untuk menambah ganjaran pahala.

11. Isa a.s mengajarkan agar berucap "Kedamaian untuk rumah ini" ketika memasuki rumah. Lihat Luke 10: 5. Dan juga memberi salam kepada orang-orang di dalam rumah dengan ucapan "Kedamaian untuk kalian". Sekali lagi, muslim melakukan hal yang sama persis dengan apa yang dilakukan dan diajarkan Yesus. Ketika kita masuk ke rumah kita, atau rumah orang lain, kita mengucapkan "Bismillah" dan juga memberi salam "assalamualaikum". Inilah tuntunan Al-Quran dalam surah 24 (An-Nur) ayat 61.

12. Isa dikhitan (disunat). Khitan merupakan salah satu dari 5 sunnah fitrah dalam ajaran Islam. Dalam Islam, seorang laki-laki diwajibkan untuk berkhatan. Berdasarkan Injil Luke 2:21. Isa berusia 8 hari saat dikhitan. Di dalam Taurat, Allah berfirman kepada Nabi Ibrahim bahawa khitan adalah sebuah "perjanjian abadi". Lihat Genesis 17:13. Di dalam Al-Quran, surat 16 (An-Nahl) ayat 123, seorang muslim diwajibkan untuk mengikuti agama Nabi Ibrahim. Nabi Muhammad bersabda, "Ibrahim berkhitan setelah berumur delapan puluh tahun" (HR. Bukhari, Muslim, dan Ahmad).


SEA, to all my Muslim families: may the blessings of Allah fill your life with happiness and open all the doors of...
Posted by Emmanuel Adebayor on Friday, July 17, 2015

13., Isa bercakap dalam bahasa Aramaik dan menyebut Tuhan dengan Elah. Secara penyebutan atau teknik sebutan, sama dengan lafaz Allah. Aramaik adalah bahasa kuno. Ia merupakan bahasa Bible. Bahasa ini merupakan salah satu dari Bahasa Semit. Termasuk juga bahasa Hebrew (Ibrani), Arab, Ethiopia, dan bahasa-bahasa kuno yang lain seperti bahasa Assyria dan Babylonia yang merupakan bahasa orang-orang Akkadia.

Bahasa Armaik "Elah" dan bahasa Arab "Allah" adalah sama.Kata Aramaik "Elah" berasal dari bahasa Arab "Allah".

Yang ertinya adalah Tuhan. Allah dalam bahasa Arab ertinya juga Tuhan. Tuhan Yang Maha Tinggi. Anda boleh dengan mudah mendapatkan kesamaan pelafalannya. Dengan demikian, Tuhannya Isa juga merupakan Tuhannya orang-orang Islam.

Dialah Tuhan semua manusia. Dan Tuhan semua makhluk yang ada.Nah, sekarang katakan kepadaku, siapakah pengikut Isa yang sebenarnya? Tentu saja jawabnya umat Islam. Sekarang saya yakin saya telah menjadi pengikut Isa yang sebenarnya," kata Adebayor.Kajian yang dilakukan Adebayor benar-benar menunjukkan bahawa yang benar itu jelas dan yang menyimpang itu juga telah jelas.

Oleh kerana itu, benarlah apa yang Allah firmankan, "Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (QS Ali Imran: 85). - Siakapkeli.my

Sumber: Harakahdaily

Kisah Seorang Ayah yang Sanggup Jual Buah Pinggang Demi Biayai Pengajian Anak


Seorang bapa nekad mengambil satu jalan pintas selepas dia dikatakan sudah tidak mampu untuk membayar yuran pengajian anaknya, Dindi Intan Pertiwi yang kini belajar di sebuah universiti di di Jakarta.

Heri Akhmat Rivai (55) berasal daripada Manado, Sulawesi Indonesia ini relah tekad untuk menjual buah pinggangnya kepada sesiapa yang memerlukan demi memastikan anaknya itu dapat meneruskan pengajian.

Beliau kelihatan memegang papan tanda bertulis "Saya mau menjual "ginjal" untuk biaya kuliah putri saya" sambil berjalan disekitar bandaraya Jakarta.

Dindi Intan Pertiwi kini sedang belaajr di Universitas Jenderal Soedirman, Purwokerto Jawa Tengah dan di perlu membayar yuran pengajian untuk memasuki semester baru.

"Anak saya kini berkuliah untuk memasuki semester 5 tetapi kerana tidak mampu bayar yuran dia mungkin tidak boleh sambung kuliahnya dan wang perlu dibayar sebelum 6 Ogos semalam."

"Anak saya sepatutnya menadapat biasiswa tetapi sehingga kini belum menerimanya," ujar Heri.

Beliau menerangkan ketika ini dia amat memerlukan wang itu semi memastikan puteri kesayangannya itu boleh menyambung belajar dalam jurusan S1 Fakultas Ilmu Sosial dan Politik, jurusan Administasi Publik.

"Saya perlukan wang tersebut sebelum 6 ogos sebanyak Rp3 juta (RM865) untuk membayar yuran anaknya setiap satu semester dan saya juga telah pajakkan rumah saya selama setahun dengan harga Rp3 juta untuk pembiayaan yuran sebelum ini," jelasnya.

Lebih memeritkan, Heri memberitahu dia juga masih mempunyai anak yang masih bersekolah dan tidak mampu membayar yuran pengajian putrinya itu kerana ketiga-tiga anaknya yang lain baru memasuki SMA.

Ketika ini dia tinggal di Jalan Pasar Wetan depan Plasa Mayasari, Tasikmalaya untuk meneruskan hasrat 'bisnes'nya itu.

" Malam tadi(30 Julai), saya berangkat dari Purwokerto dan sampai ke Kampung Rambutan  dan samapi ke sini 7 jam kemudian  dengan membawa tulisan 'Saya Mau Menjual Ginjal untuk biaya Putri Saya', tetapi tidak ada langsung orang ambil peduli bahkan sebuah kereta atau motor pun tidak berhenti," ceritanya sambil menitiskan air mata. - Siakapkeli.my