'Tak Boleh Dedah Jumlah Harta, Mak Saya Tak Suka'


Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim, bilionair Melayu 'low profile' yang memiliki 4 buah jet eksekutif, lebih 40 buah helikopter.

Beliau asalnya seorang pegawai perisikan tentera yang telah berkhidmat selama 13 tahun dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sehingga memperolehi pangkat Mejar. Pada tahun 1993, setelah berhenti dari bidang ketenteraan, beliau dan isteri memulakan perniagaan kereta terpakai. 

Anak jati Sungai Petani, Kedah ini kemudiannya mula berulang-alik ke London untuk membeli kereta terpakai sebelum menjualnya di Malaysia. Pada masa itu, beliau tidak memiliki AP. Namun dia berkongsi AP dengan rakan-rakan yang memiliki permit tersebut. 

Lama kelamaan, beliau berjaya memiliki AP dari kerajaan dan perniagaan kereta terpakainya semakin menjadi sambutan.

Kemudian, kerajaan mengambil keputusan untuk memberhentikan pemberian AP terbuka dan hanya menawarkan franchise AP. Untuk mendapatkan franchise AP, Syed Azaman perlu dilantik oleh syarikat kereta asing sebagai pengedar dan barulah permit itu akan dianugerahkan kepadanya. 

Nasib menyebelahinya apabila beliau berjaya mendapatkan kepercayaan daripada Honda untuk melantiknya sebagai pengedar beberapa jenis kereta tersebut di Malaysia, antaranya Honda Jazz. Kemudian Syed Azman mendapat hak untuk mengedar pula Chevrolet dan Suzuki.

Dalam satu temubual dengan The Star tidak lama dulu, beliau berkata, selama menjalankan urusan perniagaan, beliau bosan kerana masanya banyak dihabiskan di jalan lalu rakannya mencadangkan beliau membeli helikopter saja untuk ke sana sini. Pada tahun 2003, beliau membeli sebuah helikopter dengan harga US$1.5 juta untuk kegunaan hariannya. 

Apabila helikopter itu tidak digunakan, beliau menyewakannya kepada mereka yang berminat dan pada ketika itulah beliau sedar yang permintaan untuk helikopter ini amat tinggi di Malaysia. 

Lima tahun kemudian, beliau berjaya mendapatkan kontrak pertama untuk menyediakan perkhidmatan helikopter untuk membawa pekerja sektor minyak dan gas ke pelantar. Dan hari ini, pemilik Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS) memiliki lebih 40 buah helikopter, 4 buah jet persendirian dan memiliki kontrak bernilai RM8 bilion bagi membawa pekerja pelantar minyak hingga menjadikannya antara lelaki Melayu terkaya di Malaysia pada ketika ini. Itu belum lagi dicampur dengan perniagaan peluru berpandu, peralatan pertahanan, hartanah, kenderaan, pembinaan dan banyak lagi. 

Walaupun harta dan asetnya mencecah bilion ringgit, Syed Azman enggan menyatakan jumlahnya. Beliau hanya sekadar menjawab, "Saya tak boleh beritahu jumlah harta saya, mak saya tak suka,". Comel tak jawapan beliau? - Syed A. Kadir | PIXEL MEDIA
 
 

Presiden Gabungan Mahasiswa Sebuah IPTA Dipukul, Ditoreh Dan Disimbah Sejenis Pewarna




Seorang penuntut sebuah universiti awam tempatan yang juga merupakan seorang pemimpin pelajar dilaporkan telah dipukul serta disimbah sejenis pewarna di badannya oleh ibdividu yang tidak dikenali pada awal pagi tadi.

Muhammad Syahir Rahimi Sukri, 22,  pelajar tahun tiga dari Fakulti Pengajian Islam universiti berkenaan merupakan Presiden Gabungan Mahasiswa di pusat pengajian berkenaan.

Memetik laporan Malaysiakini,  rakannya mangsa Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan mengesahkan satu laporan polis telah dibuat pagi ini berhubung kejadian itu.

Beliau telah diserang di kolej kediamannya kira-kira pukul 4 pagi tadi di mana selain dipukul dan disimbah pewarna, mangsa juga telah ditoreh di bahagian kepala dan badan.

Kejadian berlaku ketika pemimpin pelajar berkenaan mengambil giliran untuk menjaga poster-poster yang ditampal sempena pilihan raya kampus.

Selepas diserang, pelajar itu kemudiannya di bawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan.

Memetik laman facebook rasmi Gabungan Mahasiswa universiti tersebut, mereka tidak pernah menuduh mana-mana kelompok sebagai dalang kekejaman terhadap Presiden GM tersebut.

"Kami serahkan pada pihak berkuasa kerana kami telah membuat laporan Polis," tulis mereka lagi. - Siakapkeli.my

Teknik Menumbangkan Lembu Untuk Disembelih . Petugas Ibadah Korban Wajib Tengok !!



Lihat betapa senangnya otai-otai penternak lembu ni menumbangkan lembu, sehingga kakak tu pun boleh lakukan seorang diri je..
Kadang-kadang tu  kesian tengok petugas ibadah korban di masjid kampung saya terkial-kial nak tumbangkan seekor lembu, walaupun guna tenaga 4-5 orang lelaki. Kali ni , mari kita praktik cara mudah ni. 
Ok..semoga bermanfaat. 





Kisah Seorang Aunty Bergelar Jutawan Tegur Seorang Bapa Yang Terlalu Asyik Dengan Smartphone




















Kali ini kami berkongsikan kepada anda kisah seorang Aunty berbangsa Cina yang merupakan seorang jutawan yang memberi nasihat dan teguran kepada seorang bapa yang meninggal kesan yang mendalam kepada setiap bapa dan juga ibu.

Mungkin kisah teguran ini anda sudah baca atau belum kerana ia telah dikongsikan oleh bapa berkenaan bernama Khairul Hakimin Muhammad melalui laman Facebooknya pada bulan April lalu.

Walaupun ianya sudah berbulan-bulan tetapi mesej yang disampaikan melalui cerita ini kepada ibu bapa kini yang terlalu asyik dengan telefon sudah pasti cerita ini menajdi satu nasihat yang berguna berdasarkan pengalaman Aunty berkenaan.

Mari kita ikuti cerita bapa berkenaan mengenai nasihat Aunty berkenaan,

Nurul 'Ain sudah tidur. Jam 6.30 pagi tadi kami kejutkan dia, mahu ke SJMC untuk review keputusan darah dan berjumpa doktor pakar kesayangannya.

Sampai di Hospital berebut parking dan cepat mendaftar. Kami turun makan sekejap dan kembali naik menunggu masa mengambil darah dan menanti keputusan ujian yang mengambil masa lebih kurang satu jam.

'Ain mula merepek dan berlari-lari kesana kemari. Mamanya mula mahu duduk dan saya mengambil baton untuk melayan karenahnya.

Sambil bermain telefon (lihatlah banyaknya saya kemaskini status pagi tadi), saya sekejap-sekejap melihat 'Ain yang bermain di ruang kecil permainan yang disediakan pihak hospital.
"Itu anak you?" Tanya seorang Aunty berbangsa cina.

"Ya." Saya hanya senyum sekejap dan kembali melihat telefon.

"You untung, anak you comel." Beliau mula mahu bersembang dengan saya. Anaknya juga ligat seperti 'Ain kesana kemari.

Saya terus memandang wajah Aunty dan mengharap ayat lain keluar dari mulutnya.

"Itu anak i, you tak tanya pun i nak story. I dapat dia umur i 39. He only child i have. My husband have multi millions company, but i have one the greatest god gift to me."

"You know, bila husband i balik rumah, i will make sure dia tak pegang handphone. I cakap dengan dia, kita kahwin 15 tahun baru dapat seorang anak lelaki, kita patut syukur. Tuhan bagi duit sampai kubur kita tak cukup besar, tapi Tuhan beri kita anak, kita masih mahu cari duit cari kawan cari senyum sana sini dengan handphone."

"You, i nasihat satu perkara. Bila dengan anak, dengan family, dengan parents. You letak handphone side. Dont ever bother about facebook anymore. Family ini you tak dapat cari lain sampai bila-bila. Take all the time with them. Please."

Saya terdiam. Ada rasa lain pula terdetik dalam hati. Yang sebenarnya isteri saya dah banyak kali pesan tentang ini, emak, adik juga keluarga ramai yang dah pernah nasihat. Tapi tak pernah masuk telinga. Ambil nak Tuhan hantar seorang aunty yang berbeza agama, tetapi penuh mesej yang amat berguna. Subhanallah.

Harap-harap saya dapat beri masa sebaiknya dengan keluarga. Amin.
Khairul.

Advantura Kembali Ke Pangkal Jalan, 1 destinasi 1 telefon dan 1 keluarga.

Siakapkeli.my

Terkini: Letupan Dashyat di China, Gegaran Dirasai Sehingga 10KM

Tianjan, China - Satu letupan kuat dilaporkan berlaku di China sebentar tadi.


Gambar dan video letupan dikongsi ramai di laman web Weibo dan juga media sosial lain.

Menurut seorang People's Daily China, gegaran terbabit dapat dirasai sehingga 10 KM.

Setakat ini masih belum ada laporan rasmi mengenai kejadian. - Siakapkeli.my



Pihak berkuasa China mengesahkan kejadian berlaku kira-kira 11.30pm waktu tempatan China.

Gambar di tempat kejadian juga turut dimuat naik oleh portal berita www.news.cn









Trik Rahsia kuruskan badan secara semulajadi dengan limau kasturi!




1. Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

3. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

4. Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

5. Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut, Ambil 5cm halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.Tumbuk kesemua sehingga lumat.Perahkan air Limau Nipis.Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.


6. Mengurangkan buncit - Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

7. Mengempiskan Perut - Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.

8. Kempiskan Perut Anda - Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik

Kisah Nasi Dan Ikan Kering Sebagai Bekal Anak Ke Sekolah, Diceritakan Oleh Seorang Bekas Pengetua



                                                                Gambar Hiasan


Zaman semakin berubah, tahun makin bertambah, dari semasa ke semasa kos sara hidup dilihat semakin meningkat. Jika zaman SK dulu awal tahu 90-an nasi lemak ikan bilis dan telur boleh di dapatkan dengan harga 20 sen.

Dari hari ke sehari harganya semakin meningkat dan kini paling murah untuk dapatkan nasi lauk tersebut harganya paling kurang RM1. Tetapi tahukah kita tidak semua orang mampu walaupun ianya hanya RM1 yang dilihat kini amat kecil bagi kita.

Dikongsi di laman sosial oleh Tuan Abd Ghani Haron yang merupakan bekas pengetua Sekolah menengah Tikam Batu, Sungai Petani di mana dia telah mengisahkan pengalamannya ketika masih bertugas di sekolah berkenaan.

Dia mengisahkan satu kisah yang sebenarnya memang terjadi dalam masyarakat kita di mana masih ada insan-insan yang memerlukan.

Berikut adalah kisah anak murid beliau yang dikongsi kepada orang ramai dan ketahui bahawa jika kita susah masih ada lagi yang susah.


NASI DAN IKAN GELAMA KERING BEKAL ANAK KE SEKOLAH.

Ketika menjadi pengetua disuatu pagi, memantau kawasan sekolah,saya didatangi oleh seorang guru perempuan yg ditugaskan mengawas kedatangan pelajar dipintu pagar.

Kami bercakap dipinggir jalan masuk ke pejabat.Katanya,"Cikgu Ghani,saya nak tunjuk satu benda.Ini mungkin tak baik,tapi saya nak tunjuk juga.Seorang ibu pelajar telah mengirim bekal makanan kpd saya untuk anak perempuannya yg tertinggal dirumah semasa dipintu pagar tadi.Dia kata dia nak cepat nak pi kerja,mungkin pekerja kilang.Saya cuba tengok apa yg dibekalkan.Sedih sangat cikgu.

"Dia berpaling menahan perasaan..Saya mengambil tupperware plastik lalu membukanya.Subhanallah! Nasi putih dg ikan gelama kering belah belakang yg kecil dua ekor.Saya pula yg jd serba salah.

Guru perempuan itu terus mengesat air mata,sambil memberitahu bekalan itu kebetulan utk pelajar kelasnya yg dia tidak tahu begitu miskin.Dia mengambil balik tupperware tersebut dan berkata,

"Takpa cikgu,saya cuma nak kongsi dg cikgu,biar saya selesaikan."Saya lihat dia berjalan ke arah kantin sekolah mungkin membeli lauk tambahan dan minuman.

Kita mungkin makan ikan gelama kering untuk mengubah selera, bersama gulai nangka dan sambal belacan berulam.Tetapi mereka makan ikan kering dg nasi kerana tiada pilihan.Itu yg paling murah dan mengenyangkan.

Membawa bekal itu sudah menjadi tanda mereka tidak berupaya memberi wang saku kpd anak utk makan di kantin,sedangkan anak perlu diberi makan.Jika bekal makan nasi dg ikan gelama kering waktu pagi,,tengah harinya makan apa agaknya.

Waktu rehat hari itu,sengaja saya mengintai pelajar ini,tepat seperti dijangka,dia makan sendirian dibawah pokok,mungkin terasa malu dg bekalnya dilihat rakan.

ABD GHANI HARON
Ya Allah,anak anak kita bersarapan makan roti gardenia disapu peanut butter,serikaya,jem.Anak-anak kita bersarapan makan roti bakar dg kentang goreng dan kacang panggang.Anak-anak kita bersarapan dg nasi lemak,ikan bilis,sotong,telor rebus.Anak-anak kita bersarapan dg burger,frankfurter,egg banjo telor meleleh,nugget, karipap,cucok badak dg teh,nescafe,milo ais.Dibekal duit poket lagi untuk kudapan dikantin.Mereka memamah nasi dg ikan kering dan mungkin berteman air paip.

Pertama saya nak mengajak anda bersyukur dg apa yg kita ada berbanding orang lain.Dizaman ini masih ada orang makan nasi dg ikan kering.Kedua nak ajak anda mendidik anak untuk belajar bersedekah dan berkongsi rezeki.

Contohnya minta anak kenali seorang rakan pelajarnya yg miskin atau yatim,kirimkan seringgit sehari untuknya sebagai sedekah jariah kita utk dia makan dikantin.Atau jika anak bawa bekal,lebihkan sedikit utk dikongsi oleh anak yatim atau miskin itu.

Anda akan menjadi orang yg bertuah kerana bersedekah hampir tiap hari kpd yatim atau miskin walau sekedar rm1,atau sekeping roti atau sesenduk nasi lemak atau sebiji egg banjo..Moga anak anda terdidik untuk mengasihi anak yatim dan miskin,moga Allah memberkati hidup anda sekeluarga.Mungkin boleh juga dikirimkan sebotol air mineral setiap hari kerana nabi menyebut antara sedekah yg terbaik adalah memberi minum.

Jika mampu,biayailah pakaian,alatan sekolah,yuran dsbnya.Sesungguhnya mereka yg miskin dan yatim sengaja diadakan oleh Allah sebagai ujian kpd kita dan juga peluang untuk berbuat baik.Siapa yg mengabaikannya,bimbang mereka juga tidak dipandang oleh Allah di hari akhirat.Jika terdetik rasa simpati,jika tergenang airmata dg kisah ini,ayoh mulakanlah untuk mencari anak yatim dan miskin utk dibantu dlm misi sedekah jariah harian kita.abdghaniharon.

Bersyukurlah anak-anak sekarang jika ibu berikan anda wang poket yang sedikit kerana ada yang lebih susah dari anda. - Siakapkeli.my